fbpx
376679704_708025521367895_8472870340212181421_n

Zakat Perak

Nilai Nisab Zakat Perak

Bil. Tahun Berat Harga/gram
1
2023
595 gram

RM 3.41

Zakat Perak

Step 1 of 3

Penerangan

Zakat Pendapatan


Seorang Muslim, apabila cukup syarat wajib baginya, perlu membayar zakat pendapatan setiap tahun ke atas segala perolehan wang atau gaji untuk tahun itu. Malahan, kepentingan membayar zakat dapat dilihat dalam Rukun Islam sendiri, iaitu Rukun Islam keempat: Kewajiban membayar zakat (bagi mereka yang berkemampuan).

Tentunya terdapat banyak kelebihan diwajibkan membayar zakat. Ia mempunyai kebaikan untuk kedua-dua pihak individu serta masyarakat dan ummah. Antara kelebihan zakat termasuk:-

  • Membantu pembangunan ummah dan masyarakat kerana zakat yang dikutip akan disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan termasuk fakir miskin, anak yatim dan juga para pelajar kurang berkemampuan
  • Menyatukan ummah dalam hal ekonomi, di mana sama-sama dapat berbincang cara terbaik untuk sama-sama maju dalam pengumpulan harta
  • Mewujudkan hubungan sesama insan di antara pemberi dan penerima zakat – walaupun pembayar zakat mungkin tidak bertemu para penerima zakat, namun dapat melihat pembangunan dan bantuan yang diberikan hasil daripada kutipan zakat
  • Mengelakkan perasaan iri hati sesama insan dan malahan mungkin juga dapat memberi inspirasi kepada golongan penerima zakat untuk memajukan diri sendiri agar dapat menyumbang kepada ummah suatu hari nanti melalui zakat ke atas kekayaan sendiri
  • Menanamkan sifat bertanggungjawab dalam diri individu, terutamanya ketua keluarga
  • Menyucikan harta yang mungkin was-was bagi pembayar zakat
  • Salah satu peluang untuk meningkatkan ibadah adalah dengan membayar zakat ke atas kurniaan daripada Allah SWT
  • dan banyak lagi

Fatwa Zakat Pendapatan

Sebenarnya, terdapat dua jenis zakat pendapatan, di mana seseorang individu perlu membayar salah satu atau mungkin kedua-duanya sekali jika cukup syarat nisab zakat.

Jenis yang pertama adalah zakat gaji. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan Zakat Gaji Beserta Kadarnya. Hasil perbincangan, muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat pendapatan dan gaji adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan nisab zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut.

Jenis yang kedua pula adalah zakat pendapatan professional, iaitu bagi individu tanpa pekerjaan kerja tetap di mana-mana syarikat jadi tidak memperoleh pendapatan bulanan. Jenis individu ini contohnya seperti perunding bebas, penulis buku, pengacara majlis, pelakon, dan sebagainya.

Bagi pendapatan professional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 dan Muzakarah Khas yang bersidang pada 9 Disember 1992 telah membincangkan Zakat Gaji & Zakat Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Umat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada pendapatan gaji dan Jabatan Hasil Dalam Negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu.
  2. Diwajibkan zakat ke atas pendapatan tahunan seseorang profesional kerana ia termasuk dalam zakat perniagaan.

 

Soalan Lazim

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)” [Al-Baqarah (2): 267]

Selain itu, terdapat juga sebuah Hadis (yang bermaksud): Telah diceritakan oleh Said Bin Abi Burdah dari bapanya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda:

“Sedekah ditekankan atas setiap Muslim, lalu para Sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan orang yang tidak mendapatkan (sesuatu untuk disedekahkan). Baginda SAW menjawab: Dia beramal dengan tangannya (kerja), sehingga dia bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah (HR Bukhari & Muslim).

Al-athar para Sahabat turut menjadi dalil yang merujuk kepada zakat ke atas pendapatan kasar. Diriwayatkan daripada Abu Ubayd diterima daripada Hubayrah ibn Yarim, beliau berkata (yang bermaksud):

“Abdullah ibn Masud memberikan kepada kami sebuah bakul yang berisi barang yang bernilai, diambil sebahagiannya untuk membayar zakat.”

Sementara itu, menurut fatwa Wilayah Persekutuan selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, zakat pendapatan merujuk kepada pengeluaran wajib ke atas pendapatan yang meliputi apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus (Subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]).

Jika nisab zakat pendapatan adalah RM23,532, adakah ini bermaksud anda perlu membayar 2.5% daripada pendapatan anda jika ia lebih daripada jumlah ini dalam setahun? Tidak. Anda hanya perlu membayar zakat berasaskan jumlah yang tinggal selepas ditolak segala perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan asas. Di sini disediakan beberapa contoh pendapatan yang diwajibkan dibayar zakat dan pendapatan yang tidak diwajibkan.

Contoh A:

Pendapatan Ali adalah RM1,900 sebulan. Dalam setahun, pendapatannya adalah sebanyak RM22,800. Oleh kerana jumlah ini di bawah jumlah nisab, Ali tidak perlu membayar zakat pendapatan sama sekali.

Contoh B:

Pendapatan Saiful adalah RM5,500 sebulan. Dalam setahun, gajinya adalah sebanyak RM66,000. Oleh itu, Saiful perlu membayar zakat kerana jumlahnya lebih daripada nisab zakat. Walau bagaimanapun, kadar yang perlu Saiful bayar bukanlah berasaskan pendapatan RM66,000 tadi. Terdapat perbelanjaan yang dibenarkan untuk ditolak oleh Saiful sebelum kadar zakat dikira. Mengikut Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, perbelanjaan yang dibenarkan adalah seperti berikut, bersama jumlah yang boleh ditolak:-

  1. Perbelanjaan Diri: RM12,000
  2. Perbelanjaan Isteri: RM5,000
  3. Perbelanjaan Anak-anak:
  • Berumur bawah 18 tahun: RM2,000 seorang
  • Berumur atas 18 tahun dan masih belajar: RM5,000
  1. Pendidikan sendiri: RM2,000
  2. Pemberian kepada ibu bapa (RM100 x 12 bulan): RM1200
  3. KWSP (11%): RM7,260 setahun bagi Saiful

Oleh itu, jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Saiful pada tahun itu seperti berikut:

(RM66,000 – RM34,460) x 2.5% = RM788.50

Jumlah yang perlu dibayar oleh Saiful adalah sebanyak RM788.50.

Anda boleh gunakan kalkulator zakat pendapatan kami untuk mengira jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar pada tahun ini.

Jika nisab zakat pendapatan adalah RM23,532, adakah ini bermaksud anda perlu membayar 2.5% daripada pendapatan anda jika ia lebih daripada jumlah ini dalam setahun? Tidak. Anda hanya perlu membayar zakat berasaskan jumlah yang tinggal selepas ditolak segala perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan asas. Di sini disediakan beberapa contoh pendapatan yang diwajibkan zakat pendapatan dan pendapatan yang tidak diwajibkan.

Contoh A:

Pendapatan Ali adalah RM1,900 sebulan. Dalam setahun, pendapatannya adalah sebanyak RM22,800. Oleh kerana jumlah ini di bawah jumlah nisab, Ali tidak perlu membayar zakat pendapatan sama sekali.

Contoh B:

Pendapat Saiful adalah RM5,500 sebulan. Dalam setahun, gajinya adalah sebanyak RM66,000. Oleh itu, Saiful perlu membayar zakat pendapatan kerana jumlahnya lebih daripada nisab. Walau bagaimanapun, kadar yang perlu Saiful bayar bukanlah berasaskan pendapatan RM66,000 tadi. Saiful dibenarkan untuk menolak beberapa perbelanjaan keperluan sebelum kadar zakat pendapatannya dikira. Mengikut Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, perbelanjaan yang dibenarkan adalah seperti berikut, bersama jumlah yang boleh ditolak:-

  1. Perbelanjaan Diri: RM12,000
  2. Perbelanjaan Isteri: RM5,000
  3. Perbelanjaan Anak-anak:
  • Berumur bawah 18 tahun: RM2,000 seorang
  • Berumur atas 18 tahun dan masih belajar: RM5,000
  1. Pendidikan sendiri: RM2,000
  2. Pemberian kepada ibu bapa (RM100 x 12 bulan): RM1200
  3. KWSP (11%): RM7,260 setahun bagi Saiful

Oleh itu, jika Saiful punyai perbelanjaan setiap satu seperti di atas, dia dibolehkan untuk tolak RM34,460 daripada pengiraan zakat pendapatan bagi dirinya.

Oleh itu, jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Saiful pada tahun itu seperti berikut:

(RM66,000 – RM34,460) x 2.5% = RM788.50

Jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar oleh Saiful adalah sebanyak RM788.50.

Anda boleh gunakan kalkulator zakat pendapatan kami untuk mengira jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar pada tahun ini.